CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 20, 2010

KECANTIKAN YANG HAKIKI

Bercakap mengenai kecantikan ,
sedikit sebanyak , ia pasti akan menuju kepada wanita .
Setiap orang mempunyai definasi yang berbeza apabila berbicara mengenai kecantikan .
Namun yang pasti , 
kecantikan yang hakiki adalah datang atau lahir daripada jiwa yg bersih
 kerana ia akan terpancar dengan sendiri.
Bagi yang berpengang kepada kecantikan luaran atau fizikal adalah segala2nya terutama pada zaman sekarang .
Ramai yang tanpa rasa bersalah atau takut ,
sanggup berhabis duit , menggadai nyawa , 
melanggar hukum agama demi mendapatkan kecantikan yang tidak kekal .
Kadangkala , harapan menggunung untuk cantik mengundang derita dan lebih tragis apabila nyawa menjadi galang ganti .
Kita semua pasti masih belum lupa dengan liputan media massa berkenaan beberapa wanita yang meninggal dunia setelah menjalani beberapa prosedur pembedahan kecantikan .
Tidak kurang juga yang mengalami kecacatan kekal kerana terdedah kepada bahan kimia berbahaya .
Tidak dinafikan Allah s.w.t suka kepada kecantikan .
Namun biarlah berlandaskan kepada hukum agama agar tidak "rugi" di dunia dan diakhirat .
Menjaga kecantikan dalaman dan luaran paling berharga dan berguna kerana kecantikan Hakiki adalah kecantikan yang kekal abadi .
*Renung2kan bersama .

No comments:

Post a Comment