CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 20, 2010

JIWA DALAM KESEDIHAN

Kadang-kadang hati terasa sangat sayu dan sepi. 

Walau teman ramai di sisi, kesepian itu tetap terasa. 

Yang selalu terjadi, tanpa sebarang sebab air mata akan mengalir. 

Untungnya kalau kita berada dalam keadaan yang sangat menekan, 

menekan emosi, menekan fizikal dan sebagainya. 

Bila berada dalam keadaan ini, memang air mata akan jatuh dengan mudah, 

tanpa sebab dan hanya kerana sebab yang tersangat remeh. 

Janganlah di usik hati ketika ini, jangan di ingat perkara-perkara yang menggusarkan, 

jangan dikenang kesedihan itu, pasti air mata akan mengalir...


Air Mata

Apabila air mata itu sudah puas dilepaskan,

 dada akan terasa lapang dan lega...

Pelbagai cara ada untuk melepaskan kesedihan hati dan kebanyakannya dengan menjatuhkan air mata. 

Setengah orang, air matanya sangat mudah jatuh, mudah...

hanya kerana sedikit perkara yang menyentuh hati, 

dia akan mudah mengalirkan air mata.
air mata seorang perempuan sangat lah berharga.. 

Duhai air mata jangan asyik tumpah lagi...

hanya kerana hal sekecik ini ..

No comments:

Post a Comment