CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 20, 2010

HILANG KEMANUSIAAN : BUANG ANAK


Sejak akhir2 ini kita sering dikejutkan dengan berita pembuangan bayi .
Gejala ini merupakan tindakan yang tiada perikemanusiaan dan tidak boleh diterima dalam masyarakat .
Samada bayi yang ditemui masih hidup atau sudah meninggal dunia malah hampir semua bayi yang ditemui dalam keadaan yang menyedihkan .
Seperti tiada kesedaran diri , bayi yang tidak berdosa terus menjadi mangsa keadaan .
Manusia semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan akal dalam membuat sebarang tindakan .
Kes pembuangan bayi semakin menular di kalangan remaja kerana mereka terdedah kepada pelbagai faktor hingga keadaan menjadi lebih parah .
Remaja yang sanggup membuang bayi kerana mereka tertekan dan tersepit dengan keadaan .
Keadaan ini berlaku hasil perbuatan perhubungan terlarang sehingga mengandung ,
menyebabkan mereka semakin tertekan sehingga sanggup membuang bayi .
Banyak kajian menunjukkan kehamilan luar nikah berpunca daripada keseronokkan hidup yang berpaksikan kepada kepuasan nafsu semata2.
Malah keadaan yang tertekan juga membuatkan mereka mengambil keputusan untuk membuang anak itu di merata2 tempat .
Lebih menyedihkan , kebanyakkan bayi yang dibuang adalah bangsa Melayu , tentunya beragama Islam .
Apakah  sebenarnya yang bermain di fikiran mereka tatkala membuang anak itu ??
Adakah sudah tertanam dihati , jika membuang anak tersebut , 
pasti ada orang yang akan mengambil dan menjaga si comel itu .
Jika itu yang difikirkan , pasti menjadi mereka mudah melakukan tanpa rasa bersalah dan berdosa .
Secara umum , remaja pada hari ini tidak faham dan mengerti secara mendalam erti kasih sayang sebenarnya .
Jika mereka berkahwin , perkahwinan itu jarang kekal lama kerana mereka tidak faham apa yang dimaksudkan  dengan ksih syang itu .
"Maksud kasih sayang sesama manusia ialah menyayangi  manusia lain sma seperti kita menyayangi diri sendiri" .
Berdasarkan teori sosial , 
cinta bawah umur 13 tahun , percintaan yang berlaku hanya berdasarkan kepada kecantikan .
Manakala , umur 13 tahun hingga 25 tahun , percintaan yang berlaku ketika ini adalah berdasarkan trend iaitu ingin bercinta seperti orang lain dan mudah untuk putus cinta .
Golongan berumur 25 tahun ke atas , percintaan itu sering diikuti dengan tanggungjawab .
Dari segi psikologi , cinta remaja tidak diikuti dengan tanggungjawab .
p/s : kepada remaja masa kini ., janganlah sesekali bercinta atas dasar nafsu semata2.
seeloknya mencari cinta yang lahir dan hati yang suci lgi murni ..
dan cinta yang hakiki hanya cinta kepada Pencipta  .
sama2 lah kita renungkan apa yang berlaku pada cinta remaja 
.

No comments:

Post a Comment